Sekadar Hiasan
BAHAGIAN 1 – Lahirnya dia….
Al-kisahnya ada seorang gadis
bernama Nurain. Melahirkannya amatlah sukar. Menunggu selama 9 bulan di
hospital untuk melahirkan gadis bernama Nurain adalah suatu perkara yang
memenatkan dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Apatah lagi, dia adalah cahaya
permata bagi sepasang suami isteri yang sudah lama mahukan anak setelah
beberapa kali kecewa dengan kelahiran sebelumnya yang gugur. Lahirnya gadis
bernama Nurain, amat membawa erti bagi sang isteri apatah lagi sudah lama dia
menantikan seorang cahaya mata yang boleh menyinari hidupnya. Tetapi sedikit
kecewa, kelahiran gadis ini adalah sedikit membawa hampa kepada sang suami
apabila anaknya yang seorang ini hidungnya tidak seperti hidungnya yang
mancung. Hidung gadis bernama Nurain ini tidak mancung dan sedikit kemek. Tidak
mengapa, sang isteri tetap bersyukur dengan rezeki-Nya. Hampanya sang suami
kerana anak perempuannya tidak mengikut wajahnya yang tampak kacak kerana
hidung mancungnya, membuatkan hati sang isteri tidak sedap. Lalu, sang isteri
berkata “Abang, tak baik abang buat macam ni. Inikan rezeki yang Allah bagi.
Tak semestinya hidung mancung itu bagus?” ujar
sang isteri lebih kurang seperti itu. Lama-kelamaan, Alhamdulillah…..rasa
sayang dalam hati sang suami buat anak sulungnya itu semakin bercambah. Sedikit demi sedikit, perasaan itu membiak
dan hubungan si anak dan sang ayah semakin rapat. Dengan kasih
sayangnya, semua kesenangan diberikan kepada si anak tadi. Setahun kemudian,
lahirlah pula…seorang anak perempuan. Yang menggembirakan, si anak kedua ini
persis wajah sang ayah. Dengan wajahnya yang mirip, hidungnya mancung dan
telinga yang sama seperti ayahnya, capang. Sang ayah sering memanggil anaknya
yang diberi nama Syahidah ini dengan “anak ayah ni,”. Untunglah dia….hidung dia
mancung. Tapi tidak mengapa, mungkin ada sesuatu keistimewaan yang ada pada si
Nurain yang tiada pada si Syahidah itu.
Anda nak tahu siapakah gadis ini? Dan mengapakah saya menulis tentangnya? Ataupun anda masih tertanya-tanya apakah al-kisah disebaliknya? Haa...kawan2...ada sesuatu yang ingin saya kongsikan tapi bukan sekarang....ya? Tunggu bahagian 2 ya? Terima kasih... :)
*Senyum itu sedekah. Senyum itu membuatkan kita tampak muda. Jom senyum! :)*