Wednesday, 29 May 2013

Lahirnya seorang GADIS HINA yang mengimpikan REDHA-NYA…

Sekadar Hiasan

BAHAGIAN 1 – Lahirnya dia….

Al-kisahnya ada seorang gadis bernama Nurain. Melahirkannya amatlah sukar. Menunggu selama 9 bulan di hospital untuk melahirkan gadis bernama Nurain adalah suatu perkara yang memenatkan dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Apatah lagi, dia adalah cahaya permata bagi sepasang suami isteri yang sudah lama mahukan anak setelah beberapa kali kecewa dengan kelahiran sebelumnya yang gugur. Lahirnya gadis bernama Nurain, amat membawa erti bagi sang isteri apatah lagi sudah lama dia menantikan seorang cahaya mata yang boleh menyinari hidupnya. Tetapi sedikit kecewa, kelahiran gadis ini adalah sedikit membawa hampa kepada sang suami apabila anaknya yang seorang ini hidungnya tidak seperti hidungnya yang mancung. Hidung gadis bernama Nurain ini tidak mancung dan sedikit kemek. Tidak mengapa, sang isteri tetap bersyukur dengan rezeki-Nya. Hampanya sang suami kerana anak perempuannya tidak mengikut wajahnya yang tampak kacak kerana hidung mancungnya, membuatkan hati sang isteri tidak sedap. Lalu, sang isteri berkata “Abang, tak baik abang buat macam ni. Inikan rezeki yang Allah bagi. Tak semestinya hidung mancung itu bagus?” ujar sang isteri lebih kurang seperti itu. Lama-kelamaan, Alhamdulillah…..rasa sayang dalam hati sang suami buat anak sulungnya itu semakin bercambah. Sedikit demi sedikit, perasaan itu membiak dan hubungan si anak dan sang ayah semakin rapat. Dengan kasih sayangnya, semua kesenangan diberikan kepada si anak tadi. Setahun kemudian, lahirlah pula…seorang anak perempuan. Yang menggembirakan, si anak kedua ini persis wajah sang ayah. Dengan wajahnya yang mirip, hidungnya mancung dan telinga yang sama seperti ayahnya, capang. Sang ayah sering memanggil anaknya yang diberi nama Syahidah ini dengan “anak ayah ni,”. Untunglah dia….hidung dia mancung. Tapi tidak mengapa, mungkin ada sesuatu keistimewaan yang ada pada si Nurain yang tiada pada si Syahidah itu.

Anda nak tahu siapakah gadis ini? Dan mengapakah saya menulis tentangnya? Ataupun anda masih tertanya-tanya apakah al-kisah disebaliknya? Haa...kawan2...ada sesuatu yang ingin saya kongsikan tapi bukan sekarang....ya? Tunggu bahagian 2 ya? Terima kasih... :)

*Senyum itu sedekah. Senyum itu membuatkan kita tampak muda. Jom senyum! :)*






Terima kasih kerana sudi membaca

No comments :

Post a Comment

SaatPenselPurpleBerbicara by Aishy Humaira