Sekadar hiasan
*Assalamualaikum, saudara2ku yang dirahmati Allah sekalian.*
Tahukah awak siapa yang paling kuat iman dan besar ganjarannya? Haa...kepada yang tahu, saya hargai ilmu awak tu ya :). Tapi, kepada yang belum tahu lagi, jom....kita luangkan sedikit masa yang Allah beri ini untuk menambahkan sedikit ilmu yang sedikit ini ya.
Pada suatu hari, Nabi Muhammad SAW (Jawab ya kawan2 :D) bertanya kepada jemaahnya yang terdiri daripada sahabatnya, "Wahai sahabatku, menurut kamu, siapakah yang besar KEIMANAN dan GANJARANNYA?"
Para sahabat pun menjawab, "Sudah tentu para malaikat, ya Rasulullah SAW,".
Tetapi Rasulullah SAW menggeleng seraya berkata, "Bagaimana mereka tidak beriman, sedang mereka berada disisi Tuhannya."
Kemudian para sahabat bertanya lagi, "Para nabi, Ya Rasulullah SAW,"
Namun, Nabi SAW masih menggeleng seraya berkata, "Bagaimana mereka tidak akan beriman, sedang mereka menerima wahyu."
Untuk kali ketiganya, mereka menjawab, "Kalau begitu, kami ini Ya Rasulullah SAW,"
Tetapi, Rasulullah SAW masih juga menggeleng. Akhirnya, para sahabat menyerah kerana tidak dapat menjawab dengan tepat.
Maka, Rasulullah SAW bersabda : "Mereka itu adalah sesuatu kaum yang hidup sesudahku. Mereka percaya dengan isi Al-Quran dan mengamalkannya. Mereka itu adalah yang paling BESAR KEIMANANNYA dan paling BESAR GANJARANNYA."
Sekadar hiasan
Sekadar hiasan
MasyaAllah...begitu sekali istimewanyya umat akhir zaman seperti kita ini, ya kawan2 semua. Hebatnya kita kerana dilahirkan sebagai umat Kekasih Allah, insan berhati Mulia itu. Kawan2, jom...kita tingkatkan lagi ketakwaan kita kepada sang Pencipta? dan menyemarakkan lagi cinta kita kepada baginda SAW? In shaa Allah.. :)
*Senyum itu sedekah. Senyum itu membuatkan kita tampak muda. Jadi, jom kita senyum! :)*
No comments :
Post a Comment