Sekadar gambar hiasan
Assalamualaikum, saudaraku yang sentiasa dirahmati Allah SWT :)
Ramai diantara kita yang menangis kerana putus cinta. Ada juga yang menangis kerana dimarahi. Dan tidak kurang juga yang menangis kerana kesusahan yang dihadapinya. Tapi cuba kita fikir balik. Berbaloi ke apa yang kita tangisi itu? Berbaloi ke? Hmm...jika benar, kawan2 merasakan itu sesuatu yang berbaloi dan bermanfaat bagi kawan2, terpulang pada pendapat masing-masing. Bagi saya, ia tidak cukup berbaloi untuk ditangisi. Ada sesuatu yang lebih bermanfaat, yang Allah suka jika kita tangisinya. Haa...awak nak tahu apakah itu? Jeng...jeng..jeng....
Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya." Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. maka Allah s.w.t. mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."
Akhirnya Allah s.w.t. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Malaikat Jibril a.s. mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut." Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)
Sekadar gambar hiasan
Sebaik sahaja mereka
menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan
apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka
itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata
setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku
(selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan
berkata, "Umatku, umatku."
Beliau
ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Pada masa itu akan keluarlah
api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad s.a.w. berusaha
menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang
solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang
khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."
Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap
tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka
itu menuju kepada umat Muhammad s.a.w." Kemudian Jibril membawa semangkuk
air dan Rasulullah s.a.w. meraihnya. Berkata Jibril a.s. "Wahai
Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda
s.a.w. mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.
Setelah itu Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada Jibril a.s. "Wahai
Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang
derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t.
Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan
pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah s.w.t.
Telah bersabda Rasulullah
s.a.w., " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis
kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."
P/S : MasyaAllah...kawan2...berbaloi kan kita menangis kerana takutkan-Nya? Penat kita dengan kejahatan yang telah kita lakukan di dunia...alih-alih, kerana menangisnya kita kerana takutnya kita pada Tuhan Sekalian Alam, mata kita itu diharamkan daripada neraka, kawan2. SubhanAllah....Allah hanya minta kita menangisi silap dan dosa yang telah kita lakukan...itu saja, kawan...itu saja...DIA tak mintak pun kita memiliku banglo 3 tingkat, kereta Porsche dan duit berjutaan ringgit sebagai syarat untuk ke syurga-Nya. DIA tidak mintak lebih...itu pun susah ke kita nak lakukan? (Cuba awak tepuk dada kejap, tanya diri ya) In shaa Allah... ;)
No comments :
Post a Comment