Sekadar Hiasan
Assalamualaikum, kawan2 yang dirahmati Allah SWT :).
Kawan2 kenal kan siapakah Bilal Bin Rabbah? Bilal bin Rabbah ialah seorang hamba abdi berkulit hitam. Dia adalah di antara 7 orang yang pertama yang memeluk Islam meskipun diancam oleh orang kafir Quraisy yang tidak suka dengan kedatangan agama baru ini.
Apabila tuannya
mengetahui pengislaman Bilal, beliau telah diseksa dengan di pakaikan baju besi
dan kemudian dijemur di padang pasir yang sangat panas. Ketika ditanya tentang
pegangan agamanya, Bilal tetap mengatakan ‘Ahad! Ahad!’
yang bermaksud Allah Yang Esa, Yang Esa.
Bilal kemudian diseret
hingga ke lereng-lereng gunung tetapi beliau tetap mengucapkan ‘Ahad! Ahad!’.
Imannya kelihatan tidak bergoncang sedikitpun. Apabila melihat tiada perubahan
pada diri Bilal, seksaannya kemudian ditambah dan menjadi lebih berat.
Sebiji batu besar
diletakkan di atas badannya lalu di jemur di tengah padang pasir dibawah panas
terik matahari. Namun, tiada perkataan lain yang keluar dari mulut Bilal
kecuali ‘Ahad! Ahad!’. Dia ternyata rela mati daripada
menukar pegangan agamanya sekarang.
Apabila Abu Bakar as Siddiq
diberitahu tentang seksaan tersebut, beliau terus berjumpa Umaiyah yang sedang
menyeksa Bilal lalu meminta Bilal dibebaskan. Sebagai pengganti, Abu
Bakar menyerahkan seorang hamba berkulit hitam yang lebih kuat sebagai tebusan.
Sebaik saja ditebus,
Abu Bakar terus memerdekakan Bilal dan membebaskannya dari perhambaan.
Sedutan Dari Filem Bilal Bin Rabbah
Inilah Bilal Bin Rabah, seorang sahabat yang tidak mempunyai rupa yang cantik, tetapi perjuangannya dalam memenangkan dan mengembangkan Islam ternyata ikhlas, malah terbukti diterima oleh Allah SWT semasa beliau hidup lagi. SubhanAllah....hebat sungguh hamba Allah SWT ini.
*Senyum itu sedekah. Senyum itu membuatkan kita tampak muda. Jom senyum! :)*
No comments :
Post a Comment