Saturday, 22 June 2013

Lirik Lagu Kita Ost Sebenarnya Saya Isteri Dia ~ Forteen


Kau renunglah wajahmu
Dimanakah hilangnya raut seperti dulu bila dicemar air mata
Ku tak mahu berpisah kerana hati masih sayang pada dirimu
Tapi harapan makin kabur

Korus
Manakah kita jika kau dan aku tidak sekata
Sepi walaupun bila bersama
Dekatkan pun tetapi berjauh hati

Manakah kita bila sering bertentangan
sahaja walaupun bibir cuba menyepi
Hakikat percaya tanya dengan jujur
Manakah kita

Dijiwaku sengsara menanggung derita
kerana cinta berubah tapi tak akan kehilanganmu

Ulang Korus


Terima kasih kerana sudi membaca

Sunday, 16 June 2013

Penemuan Patung Raksasa Raja Firaun di Mesir



Assalamulaikum, sahabatku yang dirahmati Allah sekalian :)

Para arkeologi menemui sebuah patung raksasa Raja Firaun yang terkenal di Mesir, Amenhotep III, di kuil persemayamannya di Kota Luxor, selatan Mesir. Patung setinggi 13 meter tersebut ditemui terkubur dalam tujuh bahagian di kuil persemayaman Amenhotep III di Kom al-Hitan.


Patung itu merupakan salah satu daripada dua patung yang ditempatkan di pintu masuk utara kuil dan kemungkinan hancur ketika gempa melanda bandar itu pada tahun 27 SM, menurut kenyataan dinas purbakala. “Pasukan arkeologi kini sedang bekerja untuk membersihkan, memulihkan serta mengumpulkan tujuh bahagian patung itu. Kepala patung itu juga sedang dicari,” tulis kenyataan itu.
Pernyataan itu juga menyebutkan kembar patung tersebut akan segera dijumpai. Amenhotep III, yang memerintah Mesir antara tahun 1390 hingga 1352 SM, merupakan ayah dari Akhenaten, si “Firaun sesat” yang dianggap sebagai pendorong ajaran monoteisme kerana ia mengenakan peraturan untuk penyembahan perseorangan terhadap Dewa Aten. Batu granit besar berwarna merah melukiskan wajah dari salah satu firaun Mesir yang terkenal telah berjaya ditemukan di wilayah bahagian selatan Bandar Luxor.

Menurut pegawai-pegawai tempatan, patung kepala berusia sekira 3 ribu tahun, berukir wajah Amenhotep III, datuk dari Tutankhamun, berhasil digali dari runtuhan kuil pengebumian firaun.
Para pengkaji mengatakan bahawa penemuan tersebut merupakan penemuan terbaik. Kerana keadaannya yang masih utuh menggambarkan wajah seorang raja. Patung tersebut mempunyai saiz 2.5 m, kepala tersebut merupakan sebahagian daripada patung besar yang, bahagian lain dari patung tersebut sebelumnya telah diketemukan.
Pejabat muzium mengatakan, patung tersebut akan disusun kembali. “Patung yang lain biasanya selalu ada yang rosak, seperti hujung hidungnya, atau wajahnya yang terhakis,” ujar pemimpin ekspedisi Mesir-Eropah Dr Hourig Sourouzian. “Tapi patung ini, dari atas hingga dagunya, masih dalam keadaan terawat, tidak ada yang rosak,” tambahnya.

Pengarah musium Mesir Zahi Hawass, menggambarkan bahawa penemuan tersebut seperti “Karya seni yang sangat berkualiti,” demikian kenyataan pegawai tersebut yang tidak disebutkan namanya.Amenhotep III memimpin Mesir dari 1387 hingga 1348 Sebelum Masehi (SM) dan memimpin empayar yang besar yang merangkumi wilayah yang terbentang dari Nubia di wilayah hingga ke Syiria di wilayah utara.
Para penyelidik menggunakan ujian DNA dan CT scans pada beberapa mumia yang akhirnya memastikan bahawa dirinya adalah datuk dari Tutankhamun, seorang raja muda yang terlahir dari pernikahan sedarah antara Akhenaten dan adiknya sendiri, keduanya merupakan keturunan dari Amenhotep III.
Kuil makam di Luxor rosak teruk, kemungkinan disebabkan banjir, yang tertinggal hanyalah temboknya saja.
*Senyum itu sedekah. Senyum itu membuatkan kita tampak muda. Jom senyum! :)*







Terima kasih kerana sudi membaca

SubahanAllah...Gambar Gerhana Bulan Yang Menakjubkan! (4 Gambar)


Assalamualaikum, sahabatku yang dirahmati Allah sekalian :)

Sesungguhnya ciptaan Allah SWT amat mempesonakan mata yang memandang. Hinggakan ia mampu menawan hati hama-hamba-Nya yang melihat. SubahanAllah...MasyaAllah...:)





P/S : Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dan, ALLAH SWT amat mencintai hamba-Nya yang sentiasa memuji-muji kebesaran-Nya. InshaAllah...

*Senyum itu sedekah. Senyum itu membuatkan kita tampak muda. Jom senyum! :)*




Terima kasih kerana sudi membaca

Kisah Pensel Dan Pemadam


Assalamualaikum, sahabatku yang dirahmati Allah sekalian :)


Pensel : Saya minta maaf....=(

Pemadam : Maaf untuk apa? Awak tak buat apa-apa yang salah pun dengan saya.

Pensel : Saya minta maaf sebab awak selalu tercedera kerana saya. Setiap kali saya buat silap, awak sentiasa ada disampin saya untuk memadam kesalahan saya. Tetapi apabila anda membuat kesilapan, saya pasti hilang. Awak sanggup kehilangan sebahagian daripada diri sendiri awak. Disebabkan awak selalu memadam kesalahan saya, awak pasti akan menjadi kecil dan bertambah kecil.

Pemadam : Itu betul. Tetapi saya tidak tak pernah kisah tentang itu, saya ikhlas. Lihatlah, saya memang diciptakan untuk melakukan memsatikan awak sentiasa dalam keadaan baik. Saya telah dicipta untuk membantu awak apabila awak melakukan sesuatu yang salah. Walaupun satu hari nanti, saya tahu saya akan pergi dan anda akan menggantikan saya dengan yang baru, saya sebenarnya gembira dengan kerja saya. Jadi tolonglah, jangan risau akan saya. Saya akan turut sedih kalau awak sedih..



................................................................




Ini adalah cerita inspirasi......menceritakan bagaimana hubungan antara ibu bapa kita & kita ..

Ibu bapa adalah seperti pemadam sedangkan anak-anak ibarat pensil.

Mereka sentiasa ada untuk anak-anaknya, sentiasa setia membersihkan kesilapan anak-anaknya.
Kadang-kadang di sepanjang jalan, mereka sanggup berkorban kesakitan diri, demi kebahgiaan anak-anak yang disayangi..
Dan dalam masa yang sama, mereka semakin kecil (lebih tua, dan akhirnya kembali menghadap Ilahi) ...

Cintai dan sentiasalah menghayati pengorbanan ibu bapa anda sebelum terlambat sementara mereka masih lagi ada di sisi kita! Berbaktilah kepada mereka.. ♥ ♥ ♥

*Senyum itu sedekah. Senyum itu membuatkan kita tampak muda. Jom senyum! :)*


Terima kasih kerana sudi membaca

Sebab Ribuan Tentera Israel Membunuh Diri (3 Gambar)

Assalamualaikum, sahabatku yang dirahmati Allah sekalian :)

TRAUMA akibat perang yang sudah tercetus lebih enam dekad ini sebenarnya tidak dialami oleh penduduk Palestin sahaja.Sebaliknya, tentera bersekutu terutamanya tentera Zionis turut mengalami tekanan psikologi yang serius hinggakan ada yang terdorong untuk membunuh diri.
Dalam satu penyelidikan yang dijalankan sekumpulan profesor Israel dari Pusat Trauma Israel bagi Mangsa Keganasan dan Perang, Universiti Tel Aviv dan Universiti Haifa yang diketuai Dr. Avi Bleich mendapati tentera Israel mengalami tekanan emosi, gangguan psikologi dan trauma selepas berperang dengan penduduk Palestin.






“Dalam kajian kami, askar Israel yang terlibat dalam operasi ketenteraan terhadap penduduk Palestin mengalami gangguan rasa bersalah, tidak senang hati, bencikan diri sendiri dan menyesal kerana tidak pasti apakah mereka berada pada pihak yang benar.
“Walaupun kajian ini memberikan tumpuan kepada veteran perang yang terlibat ketika Intifada kedua dan meninggalkan perkhidmatan sejak 10 tahun lalu, namun hasil temu bual yang dijalankan saya yakin tidak jauh bezanya dengan trauma yang dihadapi tentera hari ini.
“Selepas menemu bual hampir 230 anggota tentera lelaki dan wanita, kebanyakannya berasa berbelah bagi mengenai kebenaran moral tugas mereka.
“Dianggarkan separuh daripada tentera di sempadan menyesal kerana bersikap ganas terhadap orang awam, satu per tiga daripadanya mengaku melakukan jenayah manakala 17.4 peratus menyedari tingkah laku mereka memalukan.
“Paling mereka kesalkan, mereka terpaksa menyerang dan membunuh orang awam tanpa alasan yang kukuh.
“Pernah seorang bekas tentera menangis sambil memberitahu saya, dia diarah menangkap kanak-kanak kerana mahukan maklumat tentang keluarganya yang terlibat dengan Al-Qassam.
“Semasa dalam tahanan, kanak-kanak yang baru mencecah umur lapan tahun ini merayu supaya mengasihaninya, jangan meliwatnya dan jangan membunuhnya,” kata Bleich.
Tambahnya lagi, walaupun telah lama meninggalkan Palestin, kebanyakan tentera masih trauma dan tidak mendapatkan bantuan psikologi.
“Tidak hairanlah mengapa sejak tahun 1980 hingga hari ini ribuan tentera Israel memilih untuk membunuh diri,” katanya.
sumber: Kosmo!
*Senyum itu sedekah. Senyum itu membuatkan kita tampak muda. Jom senyum! :)*

Terima kasih kerana sudi membaca

Sebab Yahudi Menggali Bawah Masjid Aqsa


Assalamualaikum, sahabatku yang dirahmati Allah sekalian :)

Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam.
Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini.
Kenapa pencerobohan harus dilakukan kepada Masjidil Al-Aqsa? Adakah disebabkan nilai tanahnya atau lain-lain sebab musabab yang dikehendaki oleh Yahudi!

Nabi Sulaiman A.S Dan Rahsia Yang Tertanam Di Bawah Masjidil A-Aqsa
Berbalik kepada sejarah silam kisah Nabi Sulaiman AS atau Raja Sulaiman yang bertanggungjawab membina apa yang dikenali sebagai Kuil Sulaiman”. Nabi Sulaiman As berbeza dari Nabi-nabi yang lain kerana baginda di beri Allah SWT boleh menguasai umat manusia, dan bangsa jin.
Nabi Sulaiman ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah SWT iaitu: keyakinan dan ibadah dalam hanya SATU tuhan sahaja. Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman dimana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme (ilmu ghaib). Baginda memerintahkan pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Amalan ini berkaitan berkaitan dengan jin dan setan.
Dalam Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang sama dengan manusia, tetapi tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Tidak wujudnya seperti Jin “baik” atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh Allah SWT.
Jadi arahan Nabi Sulaiman AS supaya mereka membawa kesemua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak akan ada sesiapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya.
Baginda menanamkan buku-buku ajaran sihir itu di bawah tapak kuil tersebut. Baginda melantik beberapa orang kesatria yang di kenali sebagai “Knights of the temple of Solomon” (Knight Templar) untuk menjaga kuil Sulaiman itu siang dan malam.
Kesatria melakukan tugasan yang diberikan pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman a.s wafat, The Knights menemui apa yang terdapat di bawak kuil itu. Mereka menyedari akan kepentingan perkara ini, rahsia amalan sihir berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan. Mereka benar-benar jauh dari agama Nabi Musa dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. Kerana ritual yang mereka jalankan, mereka dengan segera menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di negara itu.
Ahli okultisme menegaskan bahawa Syaitan memberi penghargaan kepada pengikutnya dengan kekayaan duniawi. Mereka boleh membuat apa sahaja seperti memberi dan menerima rasuah, maksiat, kerosakan di bumi, dan banyak lagi yang menyimpang dari ajaran sebenar di dalam Islam. Mereka juga percaya bahawa Syaitan meyakinkan mereka, melalui para imam dan pendeta tinggi, bahawa ‘kuasa’ itu adalah Allah yang nyata.


Selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar menggelarkan mereka sebagai “Free Mason”. Dengan kekuatan yang terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia.
Semua ini dilakukan dengan satu tujuan iaitu mengikut kehendak tuhan Syaitan dan sebagai langkah untuk menyambut kedatangan Dajjal bermata satu yang mewakili syaitan di bumi. Simbol mereka adalah piramid dan di atasnya terdapat “all seeing eye” yang bermata satu. Perlu diketahui bahawa orang Mesir kuno juga mempunyai tuhan yang bermata satu dikenali sebagai Mata Ra danMata Osiris. Ingat bahawa ilmu hitam adalah diajar dari orang-orang kafir dari Mesir kuno.

Jadi jika freemason sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan “harta rahsia” ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa?
Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan tuhan mereka iaitu “Dajjal”.

Apa Yang Islam Dan Nabi Muhammad SAW Memperingati Kita Tentang Kedatangan Dajjal

1. Dalam Islam kita tahu Dajjal adalah Nabi palsu. Dajjal akan meniru seperti nabi sejati dalam segala hal. Nabi yang sebenar adalah Nabi Isa AS yang akan datang semula untuk memerintah dunia dari Jerusalem. Jadi disitulah Dajjal akan tiba di atas tanah suci, Jerusalam.
2. Nabi Muhammad SAW berkata kepada kami bahawa Dajjal dikeluarkan dari dunia ini. Dengan demikian ia telah berada di planet ini sejak zaman Rasulullah SAW. Kami diberitahu bahawa Dajjal akan hidup di bumi selama 40 hari (satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu, dan selebihnya seperti hari biasa Ingat 1 tahun surgawi. Adalah sama dengan 1000 tahun manusia. anda melakukan matematik). Ini membuktikan bahawa ia adalah jin yang kuat, seperti jin boleh hidup selama ribuan tahun.
3. Semua Nabi-nabi memperingatkan kaum mereka tentang Nabi palsu ini.
4. Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu kedatangan Dajjal dan memperingatkan kita untuk mengetahui bahawa Allah SWT tidak “bermata satu”. Dajjal juga akan mempunyai perkataan kafir di dahinya. Nabi Muhammad SAW juga memberi amaran, bahawa setiap Muslim setelah mendengar “kedatangan” Dajjal perlu memaling muka daripada memandang wajah Dajjal. Dan membelakangkan dan terus berjalan menjauhkan diri darinya. Tidak melihat ke arahnya, atau berjalan ke arahnya. Jangan ingin tahu dan Nabi SAW memberi amaran bahawa orang yang terkuat imannya akan diuji dan mudah boleh jatuh korban fitnah Dajjal, kerana Dajjal adalah “Master of Deception”.
Zionis pernah menyebut bahawa kawasan diantara sungai Nil dan Furat sebagaimana adanya “tanah yang dijanjikan”. Mereka harus membina kuil asal untuk menyambut kedatangan Dajjal.
Jadi Di Mana Tapak Kuil Sion Yang Asal?
Bukti arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa runtuhan kuil asal Sion adalah di bawah Kuil Sulaiman. Ini sebabnya mengapa yahudi/zionist ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa supaya mereka dapat membangunkan semula kuil dibawah Masjidil Al-Aqsa.

*Senyum itu sedekah. Senyum itu membuatkan kita tampak muda. Jom senyum!*


Terima kasih kerana sudi membaca

Apakah yang Membuatkan Israel Takut Pada ISLAM?


Assalamualaikum, sahabatku yang dirahmati Allah sekalian :)

Ketika Rombongan Syeikh Maulana Tariq Jamil Selesai Menunaikan Solat Subuh di Salah Satu Masjid Dekat Perbatasan (Al Hudud), tiba-tiba seorang tentera Israel dari luar melihat ke arah dalam Masjid.
Setelah melihat sebentar, lalu Tentera Israel itu langsung pergi.
Maka Syaikh Maulan Tariq Jamil menghampiri  tentera Israel itu dan bertanya:
“Apa Yang Dia Tadi Lakukan?”
“Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir Solat Subuh di Masjid..” kata tentera Israel itu
Syaikh Maulana Tariq Jamil dengan hairan bertanya ,
“Kenapa ?”
Tentera Israel pun menjawab:
“Di dalam Kitab Kami (Kitab Taurat) ada tertulis:”
“Jika di seluruh dunia jumlah Orang Islam yang hadir untuk Solat Subuh berjama’ah di Masjid adalah sama banyak dengan jumlah Jama’ah Solat Jumaat, maka, saat itu Israel akan hancur”
“Tetapi ketika tadi saya lihat di Masjid jumlah Orang Islam yang datang untuk Solat Subuh berjama’ah masih sedikit, maka, hati saya tenang, kerana Umat Islam pasti tidak akan dapat mengalahkan Kami”
Wallahua’lam bissowab.
sumber: billyinfo.blogspot.com
*Senyum itu sedekah. Senyum itu membuatkan kita tampak muda :)*




Terima kasih kerana sudi membaca

16 Cara Kematian Yang Kita Impikan


Assalamualaikum, sahabatku yang dirahmati Allah sekalian :)

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.” (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

“Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?

Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.

Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.”

Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid.”(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.

Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.

Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu’: “Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).

Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. “Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.

*Senyum itu sedekah. Senyum itu membuatkan kita tampak muda. Jom senyum! :)*



Terima kasih kerana sudi membaca

MasyaALLAH...Islam Dijangka 'TAWAN' Britain Dalam Tempoh 20 Tahun Lagi

Assalamualaikum, sahabatku yang dirahmati Allah sekalian :)

Ini adalah satu perkembangan yang menarik di Britain. Umum mengetahui Ratu Elizabeth adalah pelindung agama Kristian dan paderi kanan England mempunyai tempat di Parlimen Britain.


Bancian pada 2011 juga menunjukkan 33.2 juta penduduk di England dan Wales menganggap diri mereka penganut Kristian.
Di sebalik hakikat itu, realitinya adalah berbeza jika melihat kepada sambutan orang ramai kepada rumah ibadat di negara berkenaan.
Pada setiap pagi minggu, sambutan orang ramai di Gereja St George-In-The-East di Jalan Cannon Street dan Gereja St Mary’s di Jalan Cable amat hambar.
Hanya beberapa ratus meter dari situ, ada sebuah masjid di kawasan kediaman Jalan Brune, Spitalfields, yang melimpah dengan pengunjung ketika solat Jumaat dijalankan. Jika dibuat perbandingan jumlah pengunjung, ia tentu menampakkan perbezaan yang lebih dramatik.

Di Gereja St George, kurang daripada 15 pengunjung hadir untuk meraikan sambutan Holy Communion. Ketika gereja itu dibina pada awal abad ke-18, ia direka untuk memuatkan sehingga 1,230 orang. Jumlah yang sama disediakan di Gereja St Mary yang mula dibuka sejak Oktober 1849. Ketika jurugambar mengunjungi gereja itu, ia hanya dihadiri kira-kira 20 orang.
Keadaan berbeza sama sekali di masjid di Jalan Brune yang menghadapi ‘masalah’ sendiri akibat dikunjungi orang ramai. Masjid itu sendiri asalnya adalah ruang kecil yang disewa untuk dijadikan pusat komuniti dan sesuai diisi kira-kira 100 orang.
Namun setiap Jumaat, jumlah pengunjungnya meningkat tiga atau empat kali ganda, menyebabkan mereka terpaksa mendirikan solat di jalan raya. 

Berdasarkan perkembangan itu, pemerhati berkata, Kristian bakal menjadi ‘agama
silam’ dan orang ramai lebih tertarik kepada Islam.

Fakta Menarik:
  • Dalam tempoh 10 tahun lalu, berlaku penurunan jumlah penduduk England dan Wales yang
    mengaku menganut Kristian, daripada 71.7 peratus kepada 59.3 peratus daripada keseluruhan populasi.
  • Bagi tempoh sama, jumlah penganut Islam di situ juga meningkat daripada tiga peratus daripada populasi keseluruhan menjadi 4.8 peratus atau 2.7 juta orang.
  • Jika pecahan dibuat mengikut kumpulan usia, separuh daripada penganut Islam
    di situ berusia kurang 25 tahun, manakala hampir suku penganut Kristian menghampiri usia 80 tahun.
  • Dianggarkan dalam tempoh 20 tahun, lebih ramai penganut Islam berbanding Kristian. Satu keadaan yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa kira-kira 50 tahun lalu.
sumber: harian metro, dailymail.co.uk, billyinfo.blogspot.com
*Senyum itu sedekah. Senyum itu membuatkan kita tampak muda. Jom senyum!:)*







Terima kasih kerana sudi membaca

SubhanAllah...Beliau Memeluk ISLAM Setelah Mengkaji Hikmah Berwudhuk


Assalamualaikum, sahabatku yang dirahmati Allah sekalian :)

Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan. Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki. Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.

Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti fakta nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

Hikmah Wudhu


Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh. Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka. 

Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.Fakta Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki. 

Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa. Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’). 

Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya. Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.Fakta Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu. 

Cara Wuduk Rasulullah S.A.W
Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya: “Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah S.A.W berwuduk.. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk .”




Huraian
Wudhuk yang sempurna akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang yang dimaksudkan ialah sembahyang yang mampu menegah seseorang itu daripada melakukan kerja-kerja yang keji dan mungkar kerana wudhuk itu bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran najis dan hadas sedangkan sembahyang pula dapat membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah kerana sembahyang adalah merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosa yang telah lalu, selagi seseorang itu tidak melakukan dosa-dosa besar.
Wallahu’alam….

 Kredit:   http://www.queachmad.com/ 

*Senyum itu sedekah. Senyum itu membuatkan kita tampak muda. Jom senyum! :)*







Terima kasih kerana sudi membaca

SubahanAllah...Kisah Seorang Polis Wanita yang Jatuh Cinta kepada ISLAM.


Assalamualaikum, sahabatku yang dirahmati Allah sekalian. :)

Jalan hidayah boleh datang dari mana sahaja. Tak pernah disangka. Sungguh misteri. Jika Allah menghendaki memberi hidayah kepada seseorang, tak ada seorang pun yang boleh menghalangnya.
Anugerah hidayah Islam diperolehi oleh seorang polis wanita England. Islam datang dalam hidupnya bermula apabila ia termasuk kes keganasan rumah tangga seorang wanita.
“Saya rasa Saya jatuh cinta dengan Islam.”
Polwan berusia 28 tahun itu mengenal Islam ketika ia membantu seorang wanita mangsa keganasan dalam rumah tangga (KDRT) di Eccles, Salford.
“Bermula ketika Saya mendapati seorang wanita mendatangi saya di tempat kerja, yang mengalami keganasan rumah tangga.”
Mulakan Jayne ingin lebih mengetahui tentang Islam, soal penyelesaian kes itu. Ibu dari dua anak itu kemudian berbincang dengan Muslim yang lain yang ia dapati di Twitter.
“Di tempat Saya bekerja di Eccles, di sana ada sebuah masjid besar dan populasi Muslim yang besar, jadi Saya fikir Saya harus mencari lebih banyak tentang ini,” katanya.
Jayne, yang sekarang sehari-harinya memakai tudung, pernah ingat bahawa ia selalu mendengar isu negatif tentang Islam, bahawa wanita dalam Islam itu teraniaya. Ternyata semua itu salah.
Jayne juga mengagumi ternyata Islam mengajarkan untuk nilai-nilai luhur seperti berbuat baik kepada jiran, menghormati orang-orang tua, dan menyayangi yang lebih muda.
Jayne mengucapkan Syahadat pada April tahun lalu dan merancang untuk menukar namanya menjadi Aminah.
Jayne mengatakan bahawa keislamannya diterima oleh keluarga dan rakan-rakan kerjanya. Ia mengatakan bahawa ia tidak akan memaksa kedua-dua anaknya untuk masuk Islam, sebagaimana memang tidak ada paksaan untuk masuk agama Islam.
Thanks To : http://amekaw.com

*Senyum itu sedekah. Senyum itu membuatkan kita tampak muda. Jom senyum! :)*



Terima kasih kerana sudi membaca

SubahanAllah...Setiap Tahun, 4 Ribu Rakyat Perancis Masuk Islam


Assalamualaikum, sahabatku yang dirahmati Allah sekalian :)

Badan Statistik rasmi di Perancis mendedahkan bahawa dalam satu tahun, ia mencatatkan ada empat ribu warga Perancis yang masuk Islam. Hal ini sesuai dengan apa yang ditunjukkan oleh kajian kementerian dalam Negeri Perancis.
Diumukan pula oleh para ahli Agama di Perancis, sejauh ini terdapat tujuh puluh ribu warga Perancis yang berpindah Agama menjadi Agama Islam. Hal ini membuat Agama Islam menjadi pertama yang dijadikan pilihan sebagai pegangan hidupnya, diikuti oleh Kristian Katolik dengan penganut setiap tahun berjumlah 2900 orang dan Yahudi 300 orang.
Menurut para ahli sosiologi Perancis, sebelum usia 15 – 20 tahun merupakan alasan utama yang membuat mereka yakin untuk masuk Islam, dengan alasan pencarian rohani mereka. Tapi sekarang berbeza, alasan utama mereka memeluk Islam adalah iklim sosial, sebagaimana disampaikan oleh Al-Alokah.
Meskipun sejak dahulu Muslim sudah ada di Perancis, baik Perancis daratan mahupun wilayah kependudukannya di luar Eropah, imigresen massa Muslim ke Perancis di abad 20 dan 21telah membuat negara ini menjadi salah satu negara dengan komuniti muslim terbesar di Eropah. – Detik Islam
Thanks To : http://amekaw.com
Jom kawan2...kita sama2 mengucapkan SubahanAllah beramai-ramai. Moganya saudara seIslam kita akan sentiasa bertambah dari hari ke hari. In shaa Allah :)
*Senyum itu sedekah. Senyum itu membuatkan kita tampak muda. Jom senyum! :)*



Terima kasih kerana sudi membaca

Saturday, 15 June 2013

Bohong Yang Dibenarkan Oleh Islam




Assalamualaikum, sahabatku yang dirahmati Allah sekalian :)

Dari Ummu Kalsum binti Uqbah radhiallahu anha bahwa dia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Saya tidak pernah mendengar diperbolehkannya dusta yang diucapkan oleh manusia kecuali dalam tiga hal: Dusta dalam peperangan, dusta untuk mendamaikan pihak-pihak yang bertikai, dan dusta suami terhadap isteri atau isteri terhadap suami.” (HR Muslim)

Dusta dibenarkan pada 3 keadaan : 

1. Dusta untuk mendamaikan pihak yang bertikai.

2. Dusta kepada musuh ketika dalam peperangan. 

3. Dusta suami terhadap isteri atau isteri terhadap suami. Tujuannya adalah untuk menjaga keharmonian rumahtangga, misalnya seorang suami memuji masakan isteri, padahal masakannya tidak sedap.

Menurut Ibnu Hajar dalam kitab Al Fattah, yang dimaksud dengan dusta antara suami isteri hanyalah dusta dalam perkara yang tidak akan menggugurkan hak keduanya, atau dusta yang tidak mengakibatkan salah satunya akan mengambi perkara yang bukan haknya.

Di dalam kitab Syarah Muslim, Imam An Nawawi menyatakan, ”Maksud dusta suami kepada isteri dan sebaliknya adalah dusta ketika menampakkan cinta kasih dan ketika berjanji pada perkara yang tidak wajib atau sejenisnya. Ada pun dusta di antara suami dengan maksud menipu untuk mendapatkan perkara yang bukan haknya, maka dusta seperti ini hukumnya haram berdasarkan ijma’ kaum muslim.

Waallahualam...

*Senyum itu sedekah. Senyum itu membuatkan kita tampak muda. Jom senyum! :)*


Wallahu 'alam.



Terima kasih kerana sudi membaca

Kenapa Tak Rogol Saya?




Assalamualaikum, sahabatku yang dirahmati Allah sekalian :)

Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.
Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati.
Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenal pasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia.
Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)
Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan.Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

Renungan
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita.
Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
“…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …” [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
Semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam, InsyaAllah.
Wallahu’alam….
sumber: blogbisu.com
*Senyum itu sedekah. Senyum itu membuatkan kita tampak muda. Jom senyum! :)*


Terima kasih kerana sudi membaca

SaatPenselPurpleBerbicara by Aishy Humaira