Assalamualaikum, sahabatku yang dirahmati Allah sekalian :)
Pensel : Saya minta maaf....=(
Pemadam : Maaf untuk apa? Awak tak buat apa-apa yang salah pun dengan saya.
Pensel : Saya minta maaf sebab awak selalu tercedera kerana saya. Setiap kali saya buat silap, awak sentiasa ada disampin saya untuk memadam kesalahan saya. Tetapi apabila anda membuat kesilapan, saya pasti hilang. Awak sanggup kehilangan sebahagian daripada diri sendiri awak. Disebabkan awak selalu memadam kesalahan saya, awak pasti akan menjadi kecil dan bertambah kecil.
Pemadam : Itu betul. Tetapi saya tidak tak pernah kisah tentang itu, saya ikhlas. Lihatlah, saya memang diciptakan untuk melakukan memsatikan awak sentiasa dalam keadaan baik. Saya telah dicipta untuk membantu awak apabila awak melakukan sesuatu yang salah. Walaupun satu hari nanti, saya tahu saya akan pergi dan anda akan menggantikan saya dengan yang baru, saya sebenarnya gembira dengan kerja saya. Jadi tolonglah, jangan risau akan saya. Saya akan turut sedih kalau awak sedih..
................................................................
Ini adalah cerita inspirasi......menceritakan bagaimana hubungan antara ibu bapa kita & kita ..
Ibu bapa adalah seperti pemadam sedangkan anak-anak ibarat pensil.
Mereka sentiasa ada untuk anak-anaknya, sentiasa setia membersihkan kesilapan anak-anaknya.
Kadang-kadang di sepanjang jalan, mereka sanggup berkorban kesakitan diri, demi kebahgiaan anak-anak yang disayangi..
Dan dalam masa yang sama, mereka semakin kecil (lebih tua, dan akhirnya kembali menghadap Ilahi) ...
Cintai dan sentiasalah menghayati pengorbanan ibu bapa anda sebelum terlambat sementara mereka masih lagi ada di sisi kita! Berbaktilah kepada mereka.. ♥ ♥ ♥
*Senyum itu sedekah. Senyum itu membuatkan kita tampak muda. Jom senyum! :)*
No comments :
Post a Comment