*Assalamualaikum kawan2 yang dirahmati Allah sekalian :)*
Suatu ketika berkumpullah Nabi SAW bersama sahabat-sahabatnya yang mulia.
Di sana
hadir pula sahabat paling setia, Abu Bakar ash-Shiddiq. Kemudian terucap dari
mulut baginda yang sangat mulia: “Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan ikhwanku (saudara-saudaraku).”
Suasana di majlis itu hening
sejenak. Semua yang hadir diam seolah sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih
lagi Sayidina Abu Bakar, itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat
dikasihinya melontarkan pengakuan demikian.
“Apakah maksudmu berkata
demikian, wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?” Abu
Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mulai memenuhi pikiran.
“Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu
semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku.”
Suara Rasulullah bernada rendah.
“Kami juga saudaramu, wahai
Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian Baginda bersabda,“Saudara-saudaraku adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku dan mereka mencintai aku melebihi anak dan orang tua mereka. Mereka itu adalah saudara-saudaraku dan mereka bersama denganku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku.” (Hadis Muslim)

Lihatlah betapa kasih dan cinta Rasul untuk umatnya. Walaupun Rasulullah SAW tidak pernah bertemu dengan
kita namun cinta
dan kasihnya kepada kita tidak pernah pudar.
Renungkanlah saudaraku! Rasulullah SAW merindui umatnya yang belum pernah
beliau lihat. Beliau ungkapkan cinta beliau itu kepada sahabat-sahabatnya.
Akankah kita tidak senang dengan ungkapan rindu dan kasih beliau ini? Lalu
bagaimana dengan kita sendiri. Sudahkah
kita menjadi saudara-saudara (ikhwan) Rasulullah? Akankah kita
biarkan cinta dan kerinduan itu bertepuk sebelah tangan, tidak memperoleh
sambutan yang layak dari kita?
Malu rasanya jika kita membandingkan kecintaan kita kepada Rasul
dengan kecintaan Rasul kepada kita, umatnya. Bahkan untuk
kita, beliau rindukan syafaat penyelamat di akhirat kelak. Doa
paling mustajabnya baginda simpan untuk umatnya di hari yang paling sulit dan
menggetarkan nanti.
Abu Hurairah ra meriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda: “Setiap nabi mempunyai doa yang
mustajab. Maka setiap nabi bersegera memanfaatkan doa itu. Tetapi aku
menyimpankan doa itu sebagai penolong untuk umatku
pada Hari Kiamat(syafaat).” (Hadits riwayat Muslim)
“Cinta ikhlashmu pada manusia,
bagai cahaya syurga. Dapatkah kami membalas
cintamu, secara bersahaja…”
-Blog Alhabib-
No comments :
Post a Comment