Thursday 13 June 2013

Janji Seorang Isteri Kepada Suaminya...SubhanAllah

Sekadar Hiasan

*Assalamualaikum, kawan2 yang dirahmati Allah Sekalian :)*

Kisah Benar Yang Menyayat Hati - Permintaan Terakhir Isteri Solehah | Menjadi idaman seorang suami apabila memiliki isterinya yang solehah. Begitulah di sebaliknya seorang isteri mengidamkan seorang suami yang solehah.

Terdapat suatu kisah benar di mana seorang isteri menangis-nangis kerana mahu mandikan jenazah suaminya. Bapa mertua dengan polis forensik tidak membenarkan.Sambil menangis isteri berkata “Ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu.. ”


Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk bertanya apahal yang terjadi, kemudian ustaz tu berkata : “Tidak mengapalah kalau isteri nak mandikan jenazah suami..” Lalu ustaz bersama beberapa orang lagi temankan si isteri memandikan jenazah suaminya.

Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, “Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti..”

Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata “Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku..”

Membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata “Tubuh inilah yang memberi pelukan kasih sayang pada ku dan anak-anak, moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku”

Membasuh kaki jenazah suami smbil berkata “dengan kaki ini abang keluar mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi, terima kasih abang…moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yang berlipat kali gandanya”

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata “terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu dan aku sebagai seorang isteri redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu.”

Sekadar Hiasan

Kekasih sejati teman yang berbudi, Kasihnya bukan keterpaksaan, Bukan jua kerana keduniaan, Mekar hidup disiram Nur Kasih ~ Diantara bait-bait Lirik Lagu Nur Kasih Nyanyian Inteam. 
Ya....sudah Allah janjikan 'Lelaki Baik Hanya Untuk Wanita Yang Baik Dan Juga Disebaliknya."
Maka, jika benarlah awak mengidamkan pasangan yang baik budi pekertinya, sopan tutur katanya, maka, awak juga haruslah merubah diri awak itu dulu. Bukannya mengharap sesuatu tanpa berusaha. Rasulullah SAW menyuruh umatnya memilih pasangan yang elok rupanya, yang baik keturunannya, tetapi dalam banyak-banyak itu, baginda menyuruh memilih pasangan yang baik imannya dan keperibadiannya. Awak nak suami/isteri yang elok rupanya, biarlah cari yang baik juga akhlak dan imannya. In shaa Allah...
~Peringatan buat diriku yang alpa juga~

*Senyum itu sedekah. Senyum itu membuatkan kiata tampak muda. Jom senyum!*



Terima kasih kerana sudi membaca

No comments :

Post a Comment

SaatPenselPurpleBerbicara by Aishy Humaira